Bagaimana Jana Pendapatan Pasif Dengan Produk Digital?

produk digital

Awal januari 2018, saya ada attend satu program tentang pengurusan bisnes dan kewangan. Ada banyak input yang saya peroleh, terutamanya ialah idea bagaimana untuk jana kewangan secara pasif.

 

Salah satu yang speaker tu kongsikan, of course la dengan buat property investment.

Contohnya. Beli rumah harga sekitar RM500,000. Kemudian sewakan. Jika loan bulanan dengan bank RM1,000. Sewakan dengan harga RM1,500. So, at least dalam RM500 positive cashflow daripada rumah tersebut.

Itu jika satu buah rumah. Jika 2 rumah dengan pulangan RM500 setiap bulan, dah total RM1,000 untuk 2 buah rumah. Jika 10 buah, boleh dapat RM5,000 secara pasif setiap bulan.

Agak menarik idea tu.

Dan saya pasti dah ramai usahawan yang dah buat pun strategi passive income seperti itu.

 

Profil Kewangan.

Cuma, saya ada terfikir. Bagi usahawan baru, untuk memulakan pelaburan hartanah ni perkara asas yang anda perlu ada ialah ‘profil kewangan’ yang bagus untuk meyakinkan pihak bank meluluskan permohonan pinjaman atau pembiayaan hartanah anda.

Dan, biasanya untuk bina profil kewangan ini, anda perlukan masa sekurang-kurangnya 6 bulan ke setahun.

Ada kenalan saya, walaupun income bulanan daripada bisnes agak besar. Tapi mentah-mentah je bank reject permohonan loan beli rumah beliau.

Sebabnya, syarikat beliau beroperasi belum cukup 2 tahun. So, bank lihat yang profil kewangan syarikat beliau masih belum benar-benar stabil.

Dan saya yakin, ada ramai orang yang hadapi situasi yang sama seperti beliau.

 

RM1,000 Setiap Bulan (Pasif).

Jadi hari ini saya akan kongsikan kepada anda satu strategi yang anda boleh apply untuk jana pendapatan secara pasif, sekurang-kurangnya RM1,000 setiap bulan (tanpa perlu jual beli hartanah).

Bagi saya, dengan keadaan ekonomi yang tak berapa menentu sekarang.

Ada tambahan duit poket sebanyak RM1,000 sebulan itu pun dah kira berbaloi.

Kerana dengan RM1,000 tu anda boleh bayar rumah sewa atau kereta. Ataupun belanja rumah, wife, anak-anak, atau nak bagi kat mak ayah.

Namun, jika anda rasa tambahan RM1,000 sebulan tu tak berbaloi untuk anda, strategi yang bakal saya kongsikan di bawah ini bukan untuk anda.

 

Bisnes Produk Digital.

Ini adalah satu cara bagaimana untuk anda jana pendapatan secara pasif setiap bulan (atau minggu).

Contohnya, saya ada satu produk digital yang secara konsisten masih berikan passive income kepada saya sejak 2010 lagi. (ya, dah masuk 8 tahun!).

Ini antara jualan terbaru yang saya peroleh melalui produk digital ini.

 

Produk Digital #2:

Tahun 2013 saya ada create satu lagi produk digital. Sehingga sekarang ia masih berikan pulangan secara pasif, tanpa saya perlu bekerja keras lagi.

 

Produk Digital #3:

Dan pada tahun yang sama, saya tambah lagi produk digital yang beri pulangan USD3 setiap bulan ke akaun bank saya bagi setiap pelanggan. (Ya, saya terima bayaran setiap bulan secara recurring!)

Jumlahnya mungkin tak banyak, tapi jika ada 100 orang bayar saya USD3 (lebih kurang RM12) setiap bulan, dah boleh dapat RM1,200 secara pasif tanpa perlu pening kepala.

 

Produk Digital #4:

Tahun lepas 2017, saya dan partner ada collaborate dan hasilkan satu produk digital.

Dalam tempoh sebulan, produk digital ini dah berikan lebih RM100k.

Daripada produk digital yang sama juga, hampir setiap minggu saya akan dapat payment secara pasif 4 angka.

 

Produk Digital 2018:

Disebabkan saya lihat potensi produk digital ini untuk berikan passive income setiap bulan, tahun 2018 ini saya semakin aktif menghasilkan produk digital.

Ini adalah antara sebahagian produk digital yang saya telah hasilkan:

Kebanyakan produk digital di atas ada yang baru berusia tak sampai sebulan dua, tapi Alhamdulillah ia telah berjaya berikan pulangan yang sangat memberangsangkan!

Justeru, kepada anda yang ingin mencari alternatif lain untuk jana pendapatan pasif setiap bulan, ini antara strategi yang anda boleh praktikkan tanpa perlu buat pelaburan hartanah.

Langkah 1:

Setiap bulan, cuba hasilkan satu produk digital (sama ada ebook ataupun video tutorial). Jika tak mampu, buatlah at least 1 produk digital dalam masa 2-3 bulan.

So, sekurang-kurangnya dalam setahun anda dah ada anggaran 6-12 produk digital anda sendiri.

Ini dah macam ada 6-12 buah rumah sewa yang boleh jadi mesin duit anda. Setiap produk, anda boleh jual dengan harga RM10 - RM200 seunit.

Langkah 2:

Gunakan Facebook Ads untuk dapatkan pelanggan.

Letak budget dalam RM10-RM50 sehari untuk setiap produk. Jadi, total kos iklan yang anda perlu allocate dalam sebulan cuma sekitar RM300 - RM1,500 untuk satu-satu produk.

Target untuk setiap 1 produk boleh terjual 100 unit setiap bulan (minimum). Maksudnya, lebih kurang 3-4 unit je anda perlu jual setiap hari untuk capai target ini.

Sebagai contoh, jika 1 produk anda boleh jual dengan harga RM30. Bayangkan jika 100 unit terjual setiap bulan, dah boleh cecah RM3,000 sales untuk produk tersebut.

Manakala, jika produk kedua anda jualkan dengan harga RM10 dengan 100 unit terjual, anda akan dapat tambahan jualan RM1,000 lagi!

Nampak tak?

Dengan hanya memiliki 2 produk digital sahaja, anda dah ada tambahan RM4,000 'positive cashflow' ke akaun bank anda setiap bulan.

Kemudian, anda asingkanlah dalam 10-30% daripada profit jualan ini untuk buat simpanan tetap. Contohnya di Tabung Haji. Duit tu nanti boleh anda gunakan untuk buat investment.

Langkah 3:

Anda hanya perlu duplicate semua steps yang sama untuk hasilkan produk digital anda yang seterusnya.

Sebabnya, nak hasilkan produk digital yang boleh beri keuntungan ini tak sukar mana pun. Trust me.

Jika anda dah jumpa strategi yang betul, Insyaallah anda dah boleh buat income lumayan secara pasif untuk setiap produk digital anda.

Kalau anda rasa artikel yang saya share ni bermanfaat dan anda nak belajar lebih lanjut bagaimana menghasilkan produk digital anda, saya ada buatkan video panduan macam mana nak buat produk digital ni.

 

FB Closed Group: Belajar Bisnes Produk Digital.

Jika anda berminat untuk belajar step by step untuk anda hasilkan produk digital anda sendiri, saya sarankan agar anda join Closed Group saya di Facebook.

Di dalam group ini, saya akan coach & bantu untuk beri guideline dan support sehingga anda berjaya hasilkan produk digital anda dan jana pendapatan melaluinya.  Saya tunjukkan proses dari A to Z.

Jika anda seorang newbie atau ada pengalaman menjual secara online, group ni sesuai untuk anda belajar. Sebabnya saya share modul-modul yang proven case study dan ianya easy friendly.

Keduanya, saya ajar teknik yang simple tapi powerfull, anda boleh terus praktikkan. 

Semua step apa yang patut anda buat, bagaimana nak bermula dan macam mana cara nak jual saya ada ceritakan secara terperinci dalam facebook closed group ni.

Pelaburan yang anda keluarkan untuk mendapatkan ilmu ini sangat berbaloi. Ilmu yang anda dapat anda boleh pakai sampai bila-bila takkan habis. Jika anda berminat boleh boleh klik link berikut untuk dapatkan details bagaimana untuk anda join Closed Group tersebut.

Klik di sini untuk info Lanjut >>

 

rahmanbasri-new
rahmanbasri-signature

1 Comment

  • Salam En Rahman Basri

    Reply Reply March 15, 2018

    assalamualaikum En Rahman,

    Saya fadzlan full time MLM networkers. Saya memang tertarik dengan tulisan tuan. Tahniah!! Buat masa sekarang saya dalam proses membangunkan laman web jualan berteraskan produk digital pendidikan iaitu program video belajar metematik untuk pelajar dari tahun 1 hingga tingkatan 5. video semua dah ready dari sorang pakar metamatik..so far tak nampak lagi ade program macam ini di malaysia.basic knowledge dalam online tue ada la sikit sikit

    Saya terfikir kalau boleh ada kerjasama antara kita dalam skop online marketing sebab tuan memang arif tentang affilate..laman web yang kami ingin bina memang tersedia pasang sistem affiliate & refferal program.

    apa pandangan tuan.

    boleh bagi nasihat?

    Terima Kasih

    Fadzlan
    Klang
    019 728 7282

Leave A Response To Salam En Rahman Basri Cancel reply

* Denotes Required Field